[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Thursday, October 5, 2017

SENARAI AHLI KELOMPOK 2017

PAD Cameron Highlands
1. SK Telanok
2. Tadika Winlom
3. Pusat Tuisyen Cameron Highlands
4. Tadika Muip Cameron
5. Permata Cameron

PAD Jerantut
1. Kolej jururawat masyarakat Jerantut
2. Sek. Keb. Jerantut Jaya
3. Sek. Keb Pulau Mansuk
4. Klinik Cure and Care Jerantut.

PAC Jengka
1. SMK Jengka Pusat 2 .
2 SMK Jengka Pusat. 
3. SK Jengka Pusat. 
4. Giat Mara Jengka.

PAC Lanchang
1.Maahad Tahfiz Maryam Kg Cempaka.
2. Tabika perpaduan bandar lanchang.
3. PDK Damaria,  b. Damar.
4. Estet ikan paya lanar, mempateh

PAD MARAN
1.Kg Batu 55
2. Pejabat Felda
3. Pusat Sumber Sentosa
4. Tadika KEMAS Bandar Maran
5. Tadika Perpaduan Teladas
6. SK Jengka 3
7. KAFA SAR Taman Maran Jaya

PAD ROMPIN
1.SM Agama Muadzam
2.Mahkamah Syariah Rompin
3.Penempatan Orang Asli Ganoh Bukit Ibam
4.SK Kedaik
5.SK Pontian
6.Pusat Internet 1 Malaysia Selendang
7.SMK Sg.Puteri
8.Jkk  Tebu Hitam
9.PIPOA JAKOA
10.Politeknik Muadzam Shah
11.SMK Muadzam Jaya

PAD PEKAN
1.  Muda Bestari Centre Pekan
2.  Sk Ahmad
3.  Tabika Kg Sg Miang
4.  Masjid An Nur
5.  RTC Pahang
6.  Pusat Sumber Salong
7.  Tabika Kemas Tmn Selasih
8.  Surau Taman Selasih
9. Pusat Sumber Kg Batu 8
10. Tabika Kemas Peramu Jaya 2
11. Tabika Kemas Peramu Jaya 3

PAD LIPIS
1. Pej Agama Islam Lipis
2. Rumah Anak Yatim Lipis
3.  S. K Wan Ibrahim Lipis
4.  S. K Tempoyang Lipis
5.  JKKK Kg. Sai Gua
6.  S. K Kuala Lanar
7.  S. K Penjom
8.  Pusat IT Kg Budu
9.  S. K Berchang.

PAD BERA
1. SK Kerayong Jaya
2. Pejabat Penghulu mukim triang 2
3. PASTI AR_ Raudah

Monday, October 2, 2017

Buku Mendidk Anak Perempuan Pengarang Abdul Munim Ibrahim Penerbit PTS Millennia 2010

Buku Mendidk Anak Perempuan Pengarang Abdul Munim Ibrahim Penerbit PTS Millennia 2010

No Perolehan: 10-001336
ISBN: 978-967-5564-15-4
Kategori: 619.133

Ringkasan/ Ulasan

Buku ini member panduan dan kaedah untuk mendidik anak perempuan sejak lahir dan juga amalan-amalan  yang baik  dengan didikan rohani dan juga sahsiah diri

Ibu bapa perlu menerangkan kepada anak perempuan berkenaan perkara-perkara yang dilarang oleh agama di samping perlu menerapkan dengan ilmu-ilmu berumahtangga sehingga mereka bergelar ibu.
.
Judul: Mendidk Anak Perempuan
Pengarang: Abdul Mun’im Ibrahim
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2010
Harga: RM11.50
Muka surat: 383
Rating: 3

Sunday, October 1, 2017

Buku Akibat Gopoh Pengarang Aida Shahira Penerbit Pustaka Ilham
2014

ULASAN BUKU SEPTEMBER 2017
No Perolehan : 14-04453
No Panggilan : FM AID
ISBN : 9789838982856
Kategori :  Fiskyen Melayu

Ringkasan/ Ulasan:
Mengisahkan Yusmal seorang pemuda yang sangat kelam kabut dan terlalu gopoh dalam membuat susuatu benda.Dia seringkali ditegur dan dinasihati oleh emaknya supaya berubah sikap.

Keazaman untuk berubah tidak kekal lama.Yusmal sangat meminati suka sepak takraw.Dia menjalani latihan bersama Pak Adan yang seorang tegas.

Pada suatu hari Yusmal dalam keadaan yang kelam kabut dan tergesa gesa pergi menjalani latihan bersama rakan rakannya.Dia menunggang basikal bersama kawan kawannya.Tanpa diduga Yusmal bersama rakannya terlibat dala m kemalangan ketika mereka ingin mengelak dari melanggar lembu.

Paling menyedihkan mereka semua tidak dapat menjalani latihan dan tidak dapat memasuki pertandingan sepak takraw yang akan diadakan tidak lama selepas dari kejadian itu.

Judul : Akibat Gopoh
Pengarang : Aida Shahira
Penerbit : Pustaka Ilham
Tahun Terbit : 2014
Harga : Rm 14.80
Muka surat : 90
Rating: -

Disediakan Oleh :
Mohd Jefri Amri bin Awang Ngah
Pembantu Pustakawan
PD Chenor

Disemak oleh :
Norkamila binti Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran

Saturday, September 30, 2017

Buku Bukan Kerana Pangkat Tun Dr Ismail dan Masanya Pengarang Ooi Kee Beng Penerbit Institute Of Southeast Asia (ISEAS) 2006

Buku Bukan Kerana Pangkat Tun Dr Ismail dan Masanya Pengarang Ooi Kee Beng Penerbit Institute Of Southeast Asia ISEAS 2006

ULASAN BUKU SEPTEMBER 2017
No Perolehan: DMAR 07-031494
ISBN: 978-983-3782-18-5
Kategori: Sejarah

Ringkasan/ Ulasan:
Inilah biografai yang dinanti-nantikan tentang Tun Dr Ismail Abdul Rahman,Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang berpengaruh, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2 Ogos 1973.Buku ini ditulis berdasarkan koleksi kertas peribadi brliau serta wawancara dengan saudara maranya dan mereka yang mengenalinya, termasuk Ghafar Baba,Musa Hitam,Tengku Razaleigh Hamzah,Robert Kuok,Lee Kuan Yew dan Ghazali Shafie.Perspektif baru diberikan tentang perjuangan menuju merdeka, hubungan Malaysia dengan Singapura, asal usul falsafah keserantauan Asia Tenggara, konflik dalaman UMNO, hubungan MCA-UMNO, masalah kesihatan Tun Abdul Razak Hussein, rusukan 13 Mei, dan Dasar Ekonomi Baru.Selain fakta baru tentang sejarah Malaysia dan Singapura, buku ini turut menyingkap proses menghapuskan penjajahan dan pembangunan negara.

Judul: Bukan Kerana Pangkat-Tun Dr Ismail dan Masanya
Pengarang: Ooi Kee Beng
Penerbit: Institute Of Southeast Asia (ISEAS)
Tahun Terbit: 2006
Harga: RM 32.00
Muka surat: 311
Rating: -

Disediakan Oleh : Disemak oleh :

Zaiwadi bin Awang                                                               Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                                                        Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran                                                                           PAD Maran

Friday, September 29, 2017

Buku Menyembuh Sakit Mencerdas Hati Pengarang Ibnu Qayyim Al-Jauziyah Penerbit Al Mawardi 1995

Buku Menyembuh Sakit Mencerdas Hati Pengarang Ibnu Qayyim Al Jauziyah Penerbit Al Mawardi 1995

No Perolehan: DTEM 08505/14
ISBN: 978-079-3862-54-5
Kategori: 297.57 IBN

Ringkasan/ Ulasan
Dalam usaha mencari penawar bagi sakit ini, buku ini memberi ilham. Pasti semua penyakit ada ubatnya. Allah SWT memberikan sakit juga bersama ubatnya.
 
Agar manusia tidak mudah jatuh sakit, maka Allah memberi peringatan:
Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan (QS al-A'raf: 31)

Bacalah buku ini agar dapat membantu anda mengetahui dan megubati sakit anda. Semoga kita mendapat kebaikan.

Judul: Menyembuh Sakit Mencerdas Hati
Pengarang: Ibnu Qayyim Al-Jauziyah
Penerbit: Al-Mawardi
Tahun Terbit: 1995
Harga: RM62.00
Muka surat: 297
Rating: 4

Thursday, September 28, 2017

Buku Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman Pengarang Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Penerbit Galeri Ilmu 2013

Buku Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman Pengarang Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Penerbit Galeri Ilmu 2013

No Perolehan: 14 - 03752
ISBN: 978-983-097-041-9
Kategori: 297.124 AHM
Ringkasan/ Ulasan

Buku Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman ini di tulis oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki yang berasal dari Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia.

Edisi ini memaparkan judul 40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama, 40 Hadis Akhlak Mulia, 40 Hadis Penawar Hati dan 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman. Dengan garapan dan huraian kepada lebih 160 hadis yang antara intipatinya seperti Apakah kelebihan orang yang mempelajari Al-Quran? , Siapakah golongan yang dihalang daripada minum air telaga Al-Kautsar? Bagaimanakah menutup keaiban orang lain serta pelbagai lagi.

Justeru buku ini amat bagus dalam menjadi bahan rujukan dalam kehidupan kita dalam memahami pelbagai hadis untuk menambah dan memperbaiki lagi iman kita dalam kehidupan seharian.

Judul: Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman
Pengarang: Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM56.00
Muka surat: 653
Rating: 5

Wednesday, September 27, 2017

Buku 101 Rekreasi Hati Pengarang Dr Zahazan Mohamed Penerbit Telaga Biru 2011

Buku 101 Rekreasi Hati Pengarang Dr Zahazan Mohamed Penerbit Telaga Biru 2011
No Perolehan: ESAN 002378
ISBN: 978-967-388-020-1
Kategori: 297.124
Ringkasan/ Ulasan

Buku 101 Rekreasi Hati ini  ini sangat menarik untuk dibaca tanpa mengira usia, Kandungan yang terdapat didalam buku ini mudah difahami kerana ianya dipersembahkan dalam bentuk santai dan disertakan dengan lukisan kartun berbentuk humor.

Didalam buku ini terdapat hadis-hadis peninggalan Rasulullah S.A.W yang senang difahami serta dihayati buat penenang jiwa disamping itu  terdapat pengajaran pada setiap hadis yang disertakan. Penyampaian hadis ini menjadi menarik kerana disertakan dengan lukisan kartun yang mana maksud penyampaiannya lebih mudah difahami daripada teori yang berjela-jela kerana sebuah lakonan akan cepat difahami daripada ucapan yang dilafaz.

Buku 101 Rekreasi Hati ini sesuai dibawa kemana-mana sebagai bacaan ringan Golongan remaja juga digalakkan membaca buku ini atau dijadikan koleksi peribadi kerana didalam buku ini banyak terdapat hadis-hadis  yang sesuai dijadikan pedoman buat remaja dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar ini. Buku ini juga sesuai dijadikan cenderhati.

Kesimpulannya disini buku ini sungguh menarik dan setiap orang wajib membaca dan memilikinya.

Judul: 101 Rekreasi Hati
Pengarang: Dr. Zahazan Mohamed
Penerbit: Telaga Biru  Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM17.00
Muka surat: 212
Rating: 4

Tuesday, September 26, 2017

Buku KISAH ORANG KAUNTER Penulis RAFI HARUMIN Penerbit GALERI ILMU 2013

Buku KISAH ORANG KAUNTER Penulis RAFI HARUMIN Penerbit GALERI ILMU 2013

NO. PEROLEHAN :DBER 13-05506
CALL NO. : 158.1
ISBN :978-983-097-414-9
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : MOTIVASI

ULASAN:
Kisah Orang Kaunter adalah perkongsian sebuah perasaan dan perhubungan dengan masyarakat, juga sebagai wadah dalam kita memahami apa yang sepatutnya kita lakukan sekiranya berlaku konflik dalam sesuatu komunikasi. Di sebalik semua itu, paling penting untuk kita tahu bahawa permulaan kita menjaga hubungan dengan Allah adalah dengan memelihara cara kita berhubungan sesama manusia.

Buku ini tidak lain sekadar bercerita mengenai pengalaman ringkas kehidupan seseorang yang bertugas di kaunter.Bermacam-macam pengalaman yang dilalui penulis, ada masa rasa geram, marah dan lucu bila berhadapan dengan masyarakat yang berbagai ragam.

JUDUL : KISAH ORANG KAUNTER
PENGARANG : RAFI HARUMIN
PENERBIT : GALERI ILMU SDN. BHD.
TAHUN TERBIT :2013
HARGA :RM12.80
MUKA SURAT :210
RATING :4/5

Tuesday, September 19, 2017

BUKU Ajaibnya Sedekah Semakin Bersedekah Semakin Kaya PENULIS Muhammad Muhyidin PENERBIT PTS MILLENIA 2009

ULASAN BUKU (PAD BENTONG)
BUKU Ajaibnya Sedekah Semakin Bersedekah Semakin Kaya PENULIS Muhammad Muhyidin PENERBIT PTS MILLENIA  2009

No. Perolehan : EPEL 000426
Call No : 297.54 MUH
ISBN : 9789833372287
Bahasa : Melayu
Kategori         Agama
Ulasan :
Buku Ajaibnya Sedekah Semakin Bersedekah Semakin Kaya Mengupas tentang keberuntungan orang yang bayak Bersedekah dari berbagai cara dan manfaat yang Diperolehi kesan dari amalan mulia ini. Berbagai contoh dan kisah diperlihatkan contohnya seperti kesan kepadakehidupan manusia, alam sekitar, karier, kesihatan, kewangan dan berbagai faedah dapat kita perolehi dariamalan bersedekah. Sungguh luar biasa.Ia juga memberikan penjelasan tentang hubungkait Antara amalan sedekah dan rezeki seseorang yang mana Dapat memanjangkan usia sesorang, menghindari dari Penyakit dan menghapuskan dosa.

Judul:Ajaibnya Sedekah Semakin Bersedekah Semakin Kaya.

Pengarang :Muhammad Muhyidin
Penerbit : PTS MILLENIA  SDN. BHD.
Tahun Terbit : 2009
Harga : RM 11.90
Muka Surat : 171
Rating : 4/5

Disediakan Oleh:
Liza binti Che Omar
Pembantu Perpustakaan
Desa Simpang Pelangai

BUKU: UNTUK KITA PENDOSA PENGARANG HILAL ASYRAF PENERBIT PTS MILLENNIA 2013

BUKU: UNTUK KITA PENDOSA PENGARANG HILAL ASYRAF PENERBIT PTS MILLENNIA 2013

JUDUL: UNTUK KITA PENDOSA
PENGARANG: HILAL ASYRAF
PENERBIT: PTS MILLENNIA SDN. BHD
TAHUN TERBIT: 2013
HARGA: RM14.40
JUMLAH MUKA SURAT: 230

NO. PEROLEHAN: 13-003570
ISBN: 978-967-411-076-5
BAHASA: BAHASA MELAYU
KATEGORI: AGAMA

ULASAN: Buku yang berjudul Untuk Kita Pendosa ini membuka cerita mengenai kisah kita sebagai seorang umat islam yang tidak terlepas dari melakukan dosa atau terpalit dari najis dosa. Namun begitu, kita masih sentiasa mempunyai harapan untuk berubah ke arah kebaikkan dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t.
    Menurut buku motivasi oleh seorang hamba Allah yang bernama Hilal Asyarf, dalam penulisannya bahawa jangan sesekali kita berasa tidak mempunyai harapan. Jangan sesekali kita berasa bahawa kita diciptakan menjadi manusia yang derhaka kepada Allah s.w.t kerana kita semua mampu menjadi yang lebih baik dan tidak mustahil hati manusia tidak akan berubah.
    Pelbagai impak kepada diri kita dan juga setiap hari-hari kehidupan kita sekiranya kita masih hanyut bergelumang dengan najis dosa. Namun, kita mampu untuk membersihkan hati kita daripada sifat-sifat keji dan perbuatan dosa ini. Perubahan boleh berlaku dalam setiap diri masing-masing tidak kira siapa pun anda setelah Allah menggerakkan hati mereka untuk berubah ke arah kebaikkan, tidak akan ada sesiapa yang menjadi penghalang.
    Niat dan keazaman yang betul mampu menjadikan seseorang itu istiqamah menjadi seorang hamba yang sejati. Di sini permulaannya, membersihkan diri kita bergerak menjadi hamba yang sejati. Bumi kini semakin hari semakin tua dan goyah. Kiamat juga pasti akan muncul tiba. Marilah bersama kita berubah ke arahNya dan sentiasa terus istiqamah untuk menjadi mukmin sejati. AMIN..