Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, July 11, 2016

Buku: KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM ORGANISASI pengarang CHE HASNIZA CHE NOH

BUKU: KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM ORGANISASI pengarang CHE HASNIZA CHE NOH

TAJUK BUKU;   KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM ORGANISASI.
PENGARANG;    CHE HASNIZA CHE NOH
NO. PANGGILAN;    658.45 / CHE
ISBN;    978-967-5366-55-0
PENERBIT  ;    PENERBIT UMT UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.
TAHUN TERBIT ;     2011
EDISI BAHASA ;    BAHASA MELAYU
HARGA ;    RM33.00

ULASAN BUKU
Mengurus organisasi memerlukan anda untuk  berbincang, berhujah, mengemukakan pandangan, menyediakan dan membentang laporan kepada pelbagai pihak dari dalam dan luar organisasi .

Kejayaan anda melaksanakan semua ini bergantung kepada kemahiran dan kemampuan berkomunikasi kerana ia merupakan nadi kepada kehidupan dan kejayaan sesebuah organisasi.

Melaluinya akan memungkinkan anda menyampai dan memperoleh mesej dengan baik, memilih saluran yang paling berkesan, tepat pada masa dan sasarannya.

Perlu disedari, kegagalan anda bertindak sedemikian akan menyebabkan berlakunya percanggahan pandangan yang akan membenihkan kekeliruan, konflik, kekecewaan, ketidakpuasan dan salah faham.

Sebaliknya kemahiran berkomunikasi yang anda miliki bakal meningkatkan produktiviti organisasi sama ada dalam bentuk kuantiti dan kualiti.

Seterusnya, kecekapan dan kelicinan anda berkomunikasi bakal menyuntikkan  dorongan kerja , mempereratkan semangat kerja berpasukan, meningkatkan komitmen dan mewujudkan persekitaran yang saling mempercayai dan menghormati.

Justeru  buku ini disediakan khusus kepada anda sebagai satu persediaan untuk membolehkan anda berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelbagai pihak bagi memastikan kelangsungan dan  keberkesanan organisasi.

No comments: