Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, September 11, 2016

BUKU ROOFTOP RANT PENGARANG HLOVATE

BUKU ROOFTOP RANT PENGARANG HLOVATE

NO. PEROLEHAN :DBER 14-03828
CALL NO. :F HLO
ISBN :978-967-5118-07-4
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI :FIKSYEN MELAYU

ULASAN:
Buku ini memaparkan kisah kehidupan dua situasi penderaan mental yang dialami oleh anak-anak dalam institusi kekeluargaan yang pincang. Situasi pertama dialami oleh Trisy dimana hidup dalam kemewahan wang ringgit tetapi terabai dan merasa keseorangan apabila ayahnya dinaikkan pangkat dan ibunya aktif dengan persatuan sehingga tiada masa untuk anak-anak dan sering bertelingkah menyalahkan sesama sendiri apabila berada dirumah.

Situasi kedua dialami oleh Jade yang hidup dalam keluarga yang sederhana mempunyai ibu bapa yang terlalu mendesak dan membeza-bezakan anak-anak kerana tidak mahu memahami kehendak dan minat anak dalam menentukan kerjaya pilihan anak-anak sehingga membuat jade merasa dirinya tidak aman berada di rumah mendengar leteran ibu bapanya membeza-bezakan dirinya dengan abang dan adiknya yang berjaya mendapat kerjaya yang bagus.

Kedua-dua remaja bermasalah ini membawa diri kesebuah tempat sunyi iaitu Rooftop Rant. Disinilah tempat yang menjalinkan ikatan persahabatan yang telus dan penuh pengertian dalam hidup Trisy dan Jade kerana mereka berada dalam situasi yang sama tetapi berlainan dari segi kehidupan. Trisy yang dahagakan kasih sayang dan perhatian sangat menghargai kehadiran Jade yang penuh dengan perhatian walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Begitu juga Jade yang merasa hanya Trisy yang faham minatnya terhadap dunia seni lakaran dan becita-cita mahu menjadi pelukis komik.

Namun peredaran masa memisahkan meraka apabila Trisy melanjutkan pelajaran ke Luar negara manakala Jade ke Bandung untuk lebih mendalami ilmu dan pengalaman menghasilkan komik yang dapat dijadikan tauladan untuk pembacanya.

JUDUL : ROOFTOP RANT
PENGARANG : HLOVATE
PENERBIT :JEMARI SENI SDN. BHD.
TAHUN TERBIT :2009
HARGA :RM21.00
MUKA SURAT :538
RATING :4/5

No comments: