Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, December 27, 2016

Buku : Ingatlah AKU Kau KU Ingat oleh Dr. Abdul Halim Mahmud

Buku : Ingatlah AKU Kau KU Ingat oleh Dr. Abdul Halim Mahmud

No Perolehan : DPEK 08458
Call No. : 297.211 ABD
ISBN : 978-979-16643-4-9
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan :
     Buku yang bertajuk “Ingatlah AKU Kau KUingat” ini ditulis oleh Dr. Abdul Halim Mahmud. Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana buku ini menyatakan tentang hubungan kita dengan ALLAH SWT.
    Menurut firmanNYA yang bermaksud Ingatlah AKU, nescaya KUingat engkau…(QS. Al-Baqarah [2]: 152). Menurut penulis buku ini menyatakan saat seorang hamba menyebut nama Allah dengan lisan dan hatinya, maka saat itu ia sedang mengingat dan memanggil-NYA. Keutamaan menyebut nama-NYA tidak terhitung dan tidak terbatas. Semua itu kerana seseorang yang menyebut-NYA  ,ia sedang mengikat dirinya dengan keutamaan Allah, Tuhan yang tiada sekutu bagi-NYA. Dialah yang Maha Mendengar doa, mengasihi hamba-NYA dan meredhai orang-orang yang memurnikan iman kepada-NYA.
    Buku ini juga menyajikan keutamaan dalam menyebut-NYA. Dilengkapi dengan dalil-dalil dari Al-Quran dan sunnah Rasul-NYA. Buku ini juga menggambarkan dengan jelas kepada anda cara mengingat Allah dan diingat oleh Allah.
    Buku Ingatlah AKU Kau KUingat ini  amat bermanfaat untuk dihadiahkan kepada ibu bapa, penjaga, guru dan para remaja . InsyaAllah.
 Judul : Ingatlah AKU Kau KUingat
Pengarang : Dr. Abdul Halim Mahmud
Penerbit : Nafas
Tahun Terbit : 2007
Harga : RM 38.50
Muka surat : 285
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Ahmad Firdaus Bin Omar @ Ramli
Pembantu Operasi
Perpustakaan Awam Daerah Pekan

Disemak Oleh :
Rohaida Bt. Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

No comments: