Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, December 1, 2016

Buku: Pengajian Malaysia: Sejarah Tanah Melayu terbitan International Law Book Services

Buku: Pengajian Malaysia: Sejarah Tanah Melayu terbitan International Law Book Services

Buku: Pengajian Malaysia: Sejarah Tanah Melayu
Penerbit: International Law Book Services
No. perolehan: DRAU 03214
No. panggilan: R 959.500711 PEN
ISBN: 978-967-89-2054-4
Bahasa: Melayu
Kategori: Sejarah

Ulasan:

Buku ini mengandungi empat bahagian iaitu
bahagian satu–sejarah awal tanah melayu,
bahagian dua–era penjajahan,
bahagian tiga–ke arah pembentukan persekutuan tanah melayu dan kemerdekaannya dan
bahagian empat–ujian kefahaman.

Jika di lihat, buku ini sememangnya mengandungi pelbagai maklumat dan informasi berkenaan dengan sejarah tanah melayu. Setiap peristiwa yang terkandung diceritakan dengan terperinci dan baik.
Bagi peminat sejarah Tanah Melayu, buku ini sememangnya boleh dijadikan sumber rujukan dan bacaan bagi menambah ilmu tentang sejarah tanah melayu dan secara tidak langsung akan meningkatkan lagi rasa kecintaan terhadap Tanah Melayu oleh kerana pengorbanan masyarakat dahulu yang bersusah payah mempertahankan tanah air yang tercinta.

Semoga setiap pembaca dapat menyelami segala intipati yang cuba disampaikan oleh pihak pengarah dan penerbit dalam mendidik rakyat Malaysia untuk menghargai segala keringat yang telah dikorbankan oleh masyarakat pada zaman dahulu sehingga terbentuknya Malaysia pada hari ini.

Judul: Pengajian Malaysia: Sejarah Tanah Melayu
Pengarang: International Law Book Services
Penerbit: International Law Book Services
Tahun terbit: 2010
Harga: RM 22.50

No comments: