Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, February 22, 2017

BUKU 7 Pintu Ajaib PENULIS Sofia Ixora PENERBIT Mustread Sdn.Bhd

BUKU 7 Pintu Ajaib PENULIS Sofia Ixora PENERBIT Mustread Sdn.Bhd

ULASAN BUKU FEBRUARI 2017
No Perolehan: 12- 001832
ISBN: 978-067-0392-02-8
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan/ Ulasan:

Buku ini mengisahkan pengembaraan Tajul seorang remaja berusia 15 tahun yang keluar mengembara bersama datuknya. Tajul mengembara untuk mencari ubat ayanhya yang sakit ‘terkena” semasa di laut ketika menangkap ikan menurut kata dukun yang merawat ayahnya.

Kisah pengembaraan Tajul yang ingin mencari penawar untukayahnya dalam hutan terlarang yang dipanggil Hutan Waris Jati. Banyak peristiwa menarik berlaku pada Tajul di dalam hutan itu.

Tajul perlu melintasi tujuh buah pintu untuk  mendapatkan penawar bagi ayahnya. Setiap pintu mempunyai cabaran yang berbeza. Pelbagai pengalaman masa kini dan masa depan dilalui oleh Tajul. Hanya yang benar-benar berniat baik sahaja dapat keluar dan pulang semula selepas memasuki hutan tersebut. Berjayakah Tajul dalam cabaran setiap pintu itu? Kepada pembaca yang meminati bacaan pengembaraan seperti ini, buku ini amat menarik dibaca.

Buku bacaan umum ini sesuai untuk golongan remaja dan kanak-kanak. Buku ini membawa pembaca meneroka keindahan alam yang diciptakan oleh penulis Sofea Ixora.

Judul:  7 Pintu Ajaib
Pengarang:  Sofia Ixora
Penerbit:  Mustread Sdn.Bhd
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 15.00
Muka surat: 157
Rating: -

Disediakan Oleh :
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan    
Pembantu Pustakawan
PD Luit

Disemak oleh :
Norkamila binti Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran

[u-library.gov.my]
[mphonline.com]
[blogssss2.blogspot.my]

No comments: