Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, February 22, 2017

BUKU Ceritakanlah Kekuasaan Allah PENERBIT Darul Mughni Trading

BUKU Ceritakanlah Kekuasaan Allah PENERBIT Darul Mughni Trading

No Perolehan: 14-005131
ISBN: 978-967-0618-42-5
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan/ Ulasan:
Manusia dan alam diciptakan oleh Allah SWT untuk saling bergantung antara satu sama lain. Bayangkan jika tidak wujud haiwan,tumbuhan,matahari, angin dan lain-lain hidupan. Sudah pasti kita tidak dapat hidup dengan baik dan sempurna. Dengan konsep saling bergantungan ini, manusia mampu mencipta pelbagai peralatan,mesin dan juga benda baharu.

Buku ini amat sesuai untuk bacaan umum dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Penulisan yang ringkas dan gambar-gambar bewarna amat menarik untuk di baca.Buku yang bercorak sains dan fakta ini amat bagus untuk dibaca bagi kanak-kanak dan dewasa. Banyak fakta dan ilmu yang terkandung dalam buku ini.

Fakta mengenai hidupan haiwan, alam semesta,tumbuhan  , perubahan musim dan sebagainya. Semua ini menceritakan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.
Ceritalah Kekuasaan Allah ini harus dibaca dan dimiliki untuk kita lebih memahami dengan lebih lanjut tentang sains dan hidupan serta alam semesta ini.

Segala persoalan akan terjawab di dalam  buku yang menarik dan penuh informasi ini.
Kepada pembaca yang inginkan menambah ilmu pengetahuan tentang kehidupan manusia dan alam semesta wajib membaca buku ini.

Judul: Ceritakanlah Kekuasaan Allah
Pengarang: Khan,Saniyasnain
Penerbit: Darul Mughni Trading
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 23.92
Muka surat: 324
Rating: -

Disediakan Oleh :
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan    
Pembantu Pustakawan
PD Luit

Disemak oleh :
Norkamila binti Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran

No comments: