Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, February 7, 2017

Buku: MENGHADAPI GEMPA BUMI=WHEN AN EARTHQUAKE STRIKES Penulis: Dewi Cendika, Rahmad Amin Abdul Hamid dan Tan Boon Kim

Buku: MENGHADAPI GEMPA BUMI=WHEN AN EARTHQUAKE STRIKES Penulis: Dewi Cendika, Rahmad Amin Abdul Hamid dan Tan Boon Kim

Buku ini adalah salah satu Siri Selamat Di Tempat Umum dan Ketika Bencana. 

Pendedahan awal kepada anak-anak terhadap keselamatan di tempat umum dan ketika menghadapi bencana sangatlah penting untuk memastikan keselamatan mereka terjamin. Buku ini mempunyai dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk membolehkan anak-anak memahaminya dalam kedua-dua bahasa tersebut . Buku ini memberi tips dan langkah yang perlu dilakukan ketika berlakunya gempa bumi antaranya adalah :

1. Jika kita berada di dalam rumah cari tempat yang selamat seperti di bawah meja yang kukuh, di bawah katil, atau ruang antara katil dan dinding Kemudian lindungi muka dan keplaa dengan bantal atau benda yang lembut.
2. Jangan duduk di bawah tingkap kaca, di belakang almari atau rak buku .
3. Semasa di luar rumah jangan berdiri di bawah pokok besar, papa iklan dan tiang elektrik.
4.Semasa di dalam kereta, berhentikan kereta di kawasan lapang dan jangan berhenti di bawah jejantas atau jejambat.

Penulis : Dewi Cendika, Rahmad Amin Abdul Hamid dan Tan Boon Kim, 2010
Penerbit: Orbit Buku Sdn.Bhd
No Panggilan: DROM 06049

No comments: