Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, April 6, 2017

BUKU Bukan Kerana Pangkat Tun Dr Ismail dan Masanya PENULIS Ooi Kee Beng

PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN JENGKA
ULASAN BUKU

JUDUL BUKU : BUKAN KERANA PANGKAT ……….. TUN DR. ISMAIL  DAN MASANYA
SIRI BUKU : -
ISBN : 978-983-3782-18-5
PENGARANG : OOI KEE BENG
TARIKH / TAHUN :                    2007
EDISI BAHASA :     Bahasa Malaysia
HARGA :     RM 32

ULASAN :    
Biografi ini mengisahkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Malaysia  Tun Dr. Ismail Abd Rahman yang juga pejuang kemerdekaan dimana beliau bersama-sama pemimpin –pemimpin terdahulu turut berjuang menuntut kemerdekaan negara daripada Penjajah British.

Tun Dr. Ismail dilahirkan pada 4 november 1915 di Johor Bahru dan memulakan pendidikan awalnya di English College (Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Pada Tahun 1936, Tun Dr. Ismail meneruskan pengajian di Kolej Perubatan King Edward, Singapura dan seterusnya Universiti Melbourne Australia dalam bidang perubatan.

Beliau merupakan anak melayu yang pertama menerima ijazah perubatan di universiti Melbourne.Beliau menceburi politik  pada tahun 1951 dengan menyertai UMNO dibawah pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Pada tahun 1960, beliau dilantik  Menteri Dalam Negeri yang bertangungjawab dalam hal-hal keselamatan dalam negera. Tun Dr. Ismail dikenali sebagai menteri yang tegas dan mengambil berat dalam hal-hal kebajikan rakyat dan keselamatan negara dimana apabila berlaku tragedi 13 Mei 1969, Yang Dipertuan Agong mengisytiharkan darurat dan parlimen digantung .

Tunku Abd Rahman telah menubuhkan MAGERAN dimana Tun Abd Razak dilantik sebagai pengarah MAGERAN manakala Tun Dr. Ismail sebagai timbalan pengarah. Pada tahun 1970, apabila Tun Abd Razak dilantik menjadi Perdana Menteri kedua menggantikan Tunku Abd Rahman,Tun Dr. Ismail dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri disamping menjawat jawatan Menteri Perdagangan dan Perusahaan.

Tun Dr. Ismail Abd Rahman meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 akibat serangan Jantung dan dikebumikan dimakam pahlawan diperkarangan Masjid Negara. Sesungguhnya Tun Dr. Ismail banyak meninggal jasa dalam pembentukan negara dan bangsa Malaysia yang terbilang.

DISEDIAKAN OLEH : AZHARANI A. AZIZ                                          DISAHKAN OLEH :   AHMAD AZMI  HJ  AHMAD

No comments: