Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, April 6, 2017

BUKU Laksamana Cheng Ho Pemimpin Armada Lautan Barat PENULIS Imran Yusuf

 PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN JENGKA ULASAN BUKU

JUDUL BUKU : Laksamana Cheng Ho……. Pemimpin armada lautan Barat
SIRI BUKU :
ISBN : 978-983-3892-76-1
PENGARANG : Imran Yusuf
TARIKH / TAHUN :              2011
EDISI BAHASA :       Bahasa Malaysia
HARGA :         RM 24.00

ULASAN :        

Ia mengisahkan seorang Panglima besar China dan ahli pelayaran terkenal bernama Cheng Ho. Beliau dilahirkan di Wilayah Yunnan China. Dia dilantik menjadi  Laksamana pada zaman Maharaja Yung Lo Dinasti Ming. Laksamana Cheng Ho sering mengembara untuk mengembangkan empayar  China keseluruh nusantara. Beliau banyak singgah banyak perlabuhan seperti ditanah Jawa, India dan semenanjung tanah Arab untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan China.

Salah satu hubungan diplomatik yang terkenal ialah hubungan kerajaan China dengan Kesultanan Melayu Melaka dimana Parameswara telah memohon bantuan daripada Laksamana Cheng Ho untuk perlindungan daripada serangan Siam, Laksamana Cheng Ho telah memberi amaran kepada Raja Siam agar menghormati kedaulatan jiranya itu. Dengan perhubungan diplomatik Melaka dan China ramai pedagang-pedagang cina datang berdagang ke perlabuhan Melaka.

Laksamana Cheng Ho telah memainkan peranan besar dalam perhubungan perdagangan, diplomatik dengan kerajaan-kerajaan digugusan kepulauan melayu khususnya Melaka. Tradisi hubungan ini diterus sehingga ke hari ini sebagai mengulangi hubungan yang dijalinkan antara kesultanan Melayu Melaka dengan Kerajaan China.

DISEDIAKAN OLEH : AZHARANI A. AZIZ                            
DISAHKAN OLEH :   AHMAD AZMI  HJ  AHMAD

No comments: