Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, August 17, 2017

Buku SURAT TERBUKA DR. MAHATHIR Edisi 2 Pengarang TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN 2009

Buku SURAT TERBUKA DR. MAHATHIR Edisi 2 Pengarang TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN 2009

JUDUL BUKU : SURAT TERBUKA DR. MAHATHIR
SIRI BUKU: EDISI 2
ISBN: 978-967-61-2180-0
PENGARANG: TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN
TARIKH / TAHUN :              2009
EDISI BAHASA:              BAHASA MALAYSIA
HARGA:              RM 30.00
ULASAN :            

Edisi tambahan ini mengisahkan peranan Perdana Menteri Malaysia ke 4 Tun Dr Mahathir Mohammad sepanjang pentadbiran beliau selama 22 tahun menerajui Malaysia. Tun Dr. Mahatir telah mula berkecimpung dalam politik sejak negara mencapai Kemerdekaan lagi.

Beliau mula menulis rencana di akhbar-akhbar dalam membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu. Kemuncak kehebatan Tun Dr. Mahathir terserlah apabila beliau menulis sebuah buku bertajuk “The Malay Delimma” yang mengkritik kepimpinan Tunku Abd Rahman Perdana Menteri Pertama dan menyebabkan dia dipecat sebagai ahli UMNO dan buku Malay Delimma diharamkan.

Pada Tahun 1970, beliau diterima sebagai ahli UMNO dan bertanding pada pilihanraya umim pada tahun 1974, bagi Parlimen Kota Setar dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Tun Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri ke 4 menggantikan Tun Hussein Onn. Sepanjang menjadi Perdana Menteri banyak dasar - dasar baru diperkenalkan dan beliau berjaya membawa Malaysia ke era gemilang.Buku ini juga mengupas berbagai isu-isu dan peristiwa sepanjang kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohammad sebagai perdana Menteri samada isu-isu antarabangsa mahupun Kontreversi.

Meskipun telah bersara, Tun Dr. Mahathir masih lagi menabur jasa dalam negara dan menyumbang idea-idea dalam memacu Malaysia kearah yang gemilang.
                                 
DISEDIAKAN : AZHARANI B. A. AZIZ DISAHKAN: AHMAD AZMI HJ AHMAD

No comments: