Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, November 15, 2017

BUKU Ada Apa Di Hari Jumaat PENGARANG Mubdi Al Qathr PENERBIT Wafa Press 2008

BUKU Ada Apa Di Hari Jumaat PENGARANG Mubdi Al Qathr PENERBIT Wafa Press 2008

NO. PEROLEHAN:  DRAU 088339
NO. PANGGILAN:  297.36 MUB
ISBN:  978-979-1414-20-3
BAHASA:  MELAYU
KATEGORI: AGAMA

ULASAN:
Buku yang bertajuk Ada Apa di Hari Jum’at yang ditulis oleh Mubdi al-Qathr ini berkisar tentang keistimewaan hari Jumaat berbanding hari-hari lain.  Penulis ada menyatakan tentang mengapa dinamakan hari Jumaat di bahagian mukadimah buku.  Jadi pembaca secara tidak langsung dapat memahami asal usul hari tersebut.  Penulis juga turut membuat pecahan kecil tentang beberapa isu-isu yang berkaitan pada hari Jumaat seperti hukum, adab dan amalan sunnah yang dianjurkan oleh Islam dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan pada hari tersebut.

Penulis menggunakan bahasa yang ringkas tetapi padat dengan informasi dan terdapat soal jawab di mana jawapannya disertakan sekali dengan riwayat Nabi dan Hadith sahih.

Kesimpulannya, buku ini amat bermanfaat kepada umat Islam untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan dan sekaligus dapat mempraktikkan amalan-amalan pada hari Jumaat setelah membaca buku ini.

PENGARANG:  MUBDI AL-QATHR
PENERBIT:  WAFA PRESS
TAHUN TERBIT:  2008
HARGA:  RM 25
MUKA SURAT:  168

DIULAS OLEH:
ABD JAMAL BIN ABD HAMID
PEMBANTU OPERASI
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

DISEMAK OLEH:
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
PENOLONG PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

No comments: