Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, September 27, 2017

Buku 101 Rekreasi Hati Pengarang Dr Zahazan Mohamed Penerbit Telaga Biru 2011

Buku 101 Rekreasi Hati Pengarang Dr Zahazan Mohamed Penerbit Telaga Biru 2011
No Perolehan: ESAN 002378
ISBN: 978-967-388-020-1
Kategori: 297.124
Ringkasan/ Ulasan

Buku 101 Rekreasi Hati ini  ini sangat menarik untuk dibaca tanpa mengira usia, Kandungan yang terdapat didalam buku ini mudah difahami kerana ianya dipersembahkan dalam bentuk santai dan disertakan dengan lukisan kartun berbentuk humor.

Didalam buku ini terdapat hadis-hadis peninggalan Rasulullah S.A.W yang senang difahami serta dihayati buat penenang jiwa disamping itu  terdapat pengajaran pada setiap hadis yang disertakan. Penyampaian hadis ini menjadi menarik kerana disertakan dengan lukisan kartun yang mana maksud penyampaiannya lebih mudah difahami daripada teori yang berjela-jela kerana sebuah lakonan akan cepat difahami daripada ucapan yang dilafaz.

Buku 101 Rekreasi Hati ini sesuai dibawa kemana-mana sebagai bacaan ringan Golongan remaja juga digalakkan membaca buku ini atau dijadikan koleksi peribadi kerana didalam buku ini banyak terdapat hadis-hadis  yang sesuai dijadikan pedoman buat remaja dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar ini. Buku ini juga sesuai dijadikan cenderhati.

Kesimpulannya disini buku ini sungguh menarik dan setiap orang wajib membaca dan memilikinya.

Judul: 101 Rekreasi Hati
Pengarang: Dr. Zahazan Mohamed
Penerbit: Telaga Biru  Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM17.00
Muka surat: 212
Rating: 4

No comments: